kampung gue..

aku baru jer balik dari kg...raser tenang gler..dah lamer aku x mengadap kerbau yang aku pon luper itu kerbau.aku balik kali ini sebab urusan perkahwinan abang aku yg semakin hampir dan jugak melibatkan urusan harta arwah t0k wan aku.kali ini bnyak yg dah berubah.sekarang ni dahlah musim hujan.katkampung aku kalo hujan jer mesti banjir..tapi skang dah lain.x mcm dulu.kalau nak ke kampung hulu terpaksa naik bas memandangkan itu satu2 nyer transport yg lepas nak ke sana.kemajuan infrastruktur p0n b0leh thn.dah ader gelanggang sepak takraw.tak der lar anak muder kampung aku yang buat mender2 x berpaedah.aku sempat gak jumper pak l0ng aku.dier ingat aku ni skola lagi.maklumlah aku ni slalu maen ngan dier waktu kecik dulu.tup2 dah besar.dah habis spm p0n.aku ni p0n berdebar2 nak tunggu result yg bakal kuar...kawan2 aku camner la yek???

kisah idup aku..

Terlalu banyak yang aku nak ceritakan tentang hidup aku ni...Bermulanya di Port Dickson, Negeri Sembilan.16 Jun adalah tarikh bersejarah bagi aku setiap tahun. Pada tarikh itulah aku dilahirkan.tak banyak sangat yang aku ingat waktu di Port Dickson.setahu aku,waktu itu,abah berpangkat sarjan dan kami berpindah ke Sarawak sewaktu aku berusia 3 tahun.sewaktu di Sarawak, aku mempunyai seorang kawan yang aku ingat sampai sekarang. Kalau tak silap...Namanya Hasrol.malangnya dia pernah terkepit pintu yang menyebabkan jari kelingkingnya putus. Kesian dia...

Setahun kemudian, kami pindah semula ke semenanjung dan pulang ke kampung di Selama, Perak. kemudian mak menyekolahkan aku di surau di depan rumah opahku di Telok Garok, Selama. di surau yang sama jugalah abang dan kakak aku pernah belajar.kemudian, abah pulang dari Sarawak dan aku mengikut mak dan abah berpindah ke Taiping, Perak.kami menetap di Taman Saujana Jaya,Assam Kumbang.abang dan kakak masih di kampong dan bersekolah di sana. Kadang kala, kami sekeluarga pulang ke kampong untuk menjenguk abang dan kakak aku di sana.sepupu aku juga tinggal bersama mereka.seingat aku, pernah sekali berlaku banjir dari sungai yang berada di hadapan rumah opah aku.nasib baik rumah opah aku tu dua tingkat.

Pada tahun 1996, sewaktu aku berusia 5 tahun, abang dan kakak aku pindah bersama kami.ini semestinya gembira buatku kerana kembali mempunyai teman untuk bermain.abang aku kembali menyambung persekolahan di SMK Darul Ridzuan dan kakak aku di S K Taiping.aku pula mengikut mak mengasuh di taska berdekatan stesen kereta api.di situ jugalah aku mula menimba pengalaman untuk bergaul dengan rakan-rakan baru.di situ jugalah aku menyambut hari jadiku yang ke-5.

Kemudian, aku bersekolah tadika di sebuah sekolah agama berhadapan dengan jalan bunga raya.setahun di situ, banyak pahit manis zaman kanak-kanak aku. Cikgu shima yang mengajar takkan aku lupakan kerana dialah cikgu paling garang di sekolah.tapi, dia tak pernah marah aku.pelik juga yek.entah ke manalah kawan-kawan tadika aku sekarang.seingat aku ada yang aku ingat namanya, farhana, aziah, norhayati, farhan dan elriq juga sekali tadika dengan aku.

Setelah menghabiskan setahun di tadika, aku mula memasuki alam persekolahan yang sebenar. aku ditempatkan di kelas 1 mawar di S K Taiping.kalau tak silap aku ,cikgu aku waktu tu ialah cikgu faltiah kot.dia kata…aku ni sensitive sikit.mungkin aku banyak berkawan dengan perempuan sewaktu di tadika dulu.tapi, disebabkan dialah aku dapat membaca dan menaip jurnal ni.kawan yang duduk di sebelah aku waktu tu aku tak ingatlah nama dia.Raja….tapi perempuanlah.aku ni pulak taklah sebijak nuraa asyikin mahupun nor dalila yang merupakan budak paling pandai waktu di darjah 1 dulu.tapi taklah sebodoh sampai dapat nombor terakhir dalam darjah.aku pergi sekolah naik bas yang dipandu pak cik fadzil.dia selalu panggil aku ‘rambut kerinting’.dah memang rambut aku kerinting.hihihi.aku ni pulak susah nak pegi sekolah dulu.dari tadika lagi.tambah sekolah sesi pagi.memang liat nak bangun.ader seorang kakak yang naik bas dengan aku ni berkenan nak ambil aku sebagai adik angkat.nama dia fadzilah kot.sebab dia ni adik angkat kakak aku dulu.tapi tu summer waktu aku darjah 1 dulu.

Waktu di darjah dua, aku masih di kelas mawar.kelas paling pandai la waktu tu.cikgu nama dia rahmah bee.dia ajar bahasa melayu waktu tu.tapi yang sedihnya, dia bersara waktu tengah tahun.kemudian kelas kami dipegang oleh cikgu sarabiah.kalau aku tak salah eja nama dia la.ni lagi garang macam ‘monster’ jer.lagi garang dari mrs. George yang ajar aku B. Inggeris waktu darjah satu dulu.tapi disebabkan dia jugalah aku dapat mengira addmath sekarang ni.hahaha…

Tahun 2000 terlalu banyak perkara yang berlaku.maklumlah...alaf baru.aku tanam azam tak nak ponteng kelas lagi.termasuk kelas agama aku di sebelah pagi.aku ingat seorang kawan aku ni.nama dia shaqib raslan.aku panggil dia lan jer...pastu dia ni pula rapat dengan farhan.waktu tu kelas aku masih dipegang cikgu yang sama…kelas aku waktu tu memang nakal.pening kepala cikgu aku tu.kesian dia.tahun tu jagalah aku dilantik sebagai pengawas.tahun tu aku target nak melayakkan diri terpilih untuk PTS.ujian yang membolehkan aku melompat terus ke darjah 5.tapi…aku memang tak layak…ada satu gred c waktu peperiksaan pertengahan tahun.hihihi..tapi lan dapat.dia dapat semua gred b bagi semua matapelajaran.tak ada c pon.dah rezeki dia.kalau boleh,aku teringin nak jumpa dia.entah dia ingat aku lagi tak.apa khabar ustaz md isa sekarang.ustaz md isa ni yang ajar aku waktu kelas agama dulu.dia ni juga bapa si lan ni.waktu bulan sembilan, mak terpaksa menjalani pembedahan memandangkan mak aku mengalami masalah darah tinggi sewaktu mengandungkan adik aku.akhirnya lahirlah adik aku yang tak cukup bulan ni.nama dia fariz…..buas sangat.mak aku kata mungkin dia ni jer anak yang lahir ‘ikut tingkap’.memandangkan aku ni dah ada adik,aku susah sikit nak biasakan diri dengan kehadiran baru ni..

Tahun seterusnya menyaksikan lebih banyak pengalaman aku.aku mula terlibat dengan aktiviti kokurikulum sekolah.aku dimasukkan ke rumah kuning,kelab badminton,pbsm dan kelab sains…aku ni pula minat sangat dengan subjek sains.tapi, tak pernah pun dapat a untuk sains...hihihihi…tapi matematik aku mula meningkat…cikgu yang ajar aku waktu tu cikgu hayati.dia ajar muzik sebenarnya…aku ni pun suka sangat dengan muzik tambah cikgu dia pun best sangat.guru kelas aku waktulah yang ajar sains,cikgu zaharah.aku mendapat berita yang dia baru kematian suaminya.sedih betul.tahun ini jugalah yang menyaksikan serangan pengganas ke atas wtc di new york. Serangan tersebut menjadi tamparan hebat terhadap umat islam yang dicop sebagai pengganas oleh presiden bush, presiden amerika ketika itu.negara Afghanistan diserang teruk.aku hanya bersimpati sahaja waktu tu.malaysia juga menyaksikan pertukaran perdana menteri.apapun aku takkan melupakan kejadian aku terjatuh longkang di hadapan sekolah aku tu.longkang tu pun dah ditutup.ini semua gara-gara budak sekolah aku berebut waktu nak naik bas.hehehe.lawak kalau diingatkan balik.

Darjah 5 aku pindah ke sekolah taman panglima.sekolah baru yang dibina berdekatan dengan rumah aku.aku pergi pun naik basikal jer.seingat aku, cikgu dari S K Taiping ada yang turut berpindah ke sekolah baru ni.antaranya, cikgu azli dan cikgu juriah.mereka ni pula cikgu yang best sangat waktu aku di S K Taiping dulu.di sini aku mula berkenalan dengan kenalan baru.antaranya, khairul anuar..dia ni anak cikgu zurina,cikgu sains merangkap guru kelas aku,kelas 5 ikhlas.semangat aku di sekolah baru ini juga menyebabkan peningkatan akademik yang mendadak.aku sentiasa jadi pelajar top dalam kelas.tapi tak penah pun dapat nombor satu.hihhi.

Sewaktu di darjah 6 aku menempuhi lebih banyak cabaran memandangkan aku akan mengambil peperiksaan UPSR dan kelas juga sudah sebulat suara melantik aku sebagai ketua kelas.begitu banyak program yang dijalankan termasuk bacaan yaasiin setiap pagi jumaat.aku jugalah yang mereka lantik sebagai imam bacaan yaasiin tu.hahaha...aku bergiat lebih aktf dalam bidang kokurikulum seperti pertandingan choral speaking,koir dan kuiz kesihatan.yang boleh dibanggakan pun pasukan choral speaking aku…dapat tempat ke-3 peringkat zon.sekolah agama aku pula memilih aku untuk pertandingan khat.alhamdulillah..aku mendapat tempat ke-2,tapi peringkat zon je lah.hahaha…berbakat jugalah aku ni.apabila hari yang ditunggu pun tiba aku menempuh UPSR dengan penuh keyakinan.alhamdulillah…aku mendapat keputusan 5a dan ditawarkan ke sekolah asrama penuh yang 15 minit perjalanan dari rumah aku….SMS Raja Tun Azlan Shah,Taiping… lebih dikenali sekolah depan zoo.hahaha.akronimnya SERATAS.

Aku mula memasuki alam persekolahan menengah pada 7 januari 2004.takkan aku lupa tarikh tu.dorm aku B2-2.dak form 1 waktu tu 4 org...apam,aku,odi dengan khalifah.senior dorm kami nama dia abang jaffa rizal izzha.dak form 2 pula edi,naz,ihsan dengan rafi…form 3 seorang jer,abang falaq.dia memang rapat gler ngan aku…tapi..hidup sebagai form 1 memang memeritkan.tapi aku dah tempuhi dengan berjaya sekali.akademik di sini agak susah nak maintain sebab persaingan yang terlampau sengit.aku menyertai PKBM dan kelab geografi yang diterajui oleh abang Aizut .aku juga menyertai pertandingan English drama dan kami hanya mendapat hadiah saguhati jer..dari sini aku mula mengenali abang ariff,abang hafizzuddin,farid nazer,amy,anas,aleiff,zulkifli dan yusof..Kami memang susah nak lekang...rapat gle…di hujung tahun pula aku diberitahu elriq yang shafiq,anak cikgu azli…kena teruk dibelasah di sek alam shah,putrajaya.one of the most top school in Malaysia.kemudian,dia pindah ke sekolah aku.dah memang nasib dia..paling aku tak dapat lupa bila dia asyik kena marah dengan sensei.dia, syafaat dengan shubash…memang muka target waktu dalam kelas bahasa jepun.aku pula paling cemerlang waktu tu…lawak gler kalau diingatkan balik waktu tu.kalau di dorm, kejadian yang aku tak dapat lupakan ialah kejadian pergaduhan hafiz dengan hibatullah (bib).ini semua gara-gara hafiz yang menconteng t*t*k bib waktu dia tengah tidur tak berbaju.bib mengamuk gle...dia conteng pula loker hafiz..Diingatkan balik memang kelakar gle...satu lagi kejadian bila budak form 1 dorm B2-4 pegi conteng tilam shubash...yang senior taknya dihalang…join sekaki…diorang pergi bengkokkan pintu loker dia…kesian betul.tahun depan terus dia pindah.tahun ni juga menyaksikan kejadian tsunami yang melanda di sekitar nusantara hingga ke benua afrika.lebih 200,000 terkorban.

Tingkatan 2 lagi gler mencabar.aku mula tumpukan sepenuh perhatian terhadap akademik.B jepun pun aku dah teruk sangat memandangkan aku terlampau tumpu pada matapelajaran yang penting seperti sains dan matametik.akhirnya aku berjaya juga capai tahap minimum SBP...kalau tidak asyik gagal tahap SBP.waktu ni jugalah kami semua rajin meniru dalam exam.waktu final exam aku minta tolong dari raja sauqi, dorm mate aku…dia tolong aku waktu exam math..tp, dia tak dapat a lak...kesian dia...masa berlalu dengan cepat sekali..

Pejam celik dah tingkatan tiga.cikgu nooraini la cikgu yang banyak bagi pengaruh waktu ni…banyak motivasi berdasarkan pengalaman dia yang dicatitkan ke dalam diari dia.amy pula teringin nak masuk diari dia.memang masuk sungguh…tapi yang tak eloknya lah…siapa suruh dia cari pasal dengan diva sekolah ni,amanina alwani.kami tertunggu-tunggu hari bersejarah kami,PMR.waktu ni jugalah aku mengalami konflik diri yang terlampau teruk.aku lawan cakap mak bapa aku... tapi,berkat doa mak bapa aku dan kesabaran yang aku cuba teguhkan aku berjaya mengelakkan diri aku dari maksiat.alhamdulillah....PMR pon berlalu… lepas tu banyak program yang diatur untuk kami semua...kena buat gliderlah...Persembahan drama lah...macam-macam.alhamdulillah group aku yang terdiri daripada aku,anas dan aleiff yang juga di ketuai oleh aku berjaya mendapat anugerah pendokumentasian terbaik.drama kelas aku pula ada macam-macam masalah.nak buat skrip pun susah.atas cadangan cikgu shuhaimah,kami dibahagi kumpulan mengikut scene.akhirnya,siap jugalah skrip drama kitorang yang cacamarba sebab setiap scene,orang yang lain buat.hahaha...hero kami hafiz lah heroin pula azizah dan director kami si aimi mahfuzan.aku pegang watak pari-pari jer..Amy jadi setan.yusof jadi watak utama yang jahat...tajuk drama kami ‘karim karam’.lebih kurang cerita drama Indonesia, bawang putih bawang merah yang tengah top waktu tu...tapi, versi lelaki.akhirnya,kelas kami tak dapat apa-apa pun.kalah gle…yang paling lawak bila kami practice sampai lebih pukul 6.30 ptg waktu cikgu rahim duty.kami pegi panjat loteng dewan waktu tu nak menyorok dari dia…sampai maghrib lepas dia pergi surau kami lari macam kena kejar anjing ke makmal computer yang si zaim ada kuncinya.kami tak mandi petang tu…lepas sembahyang kat makmal kami terus berkejar ke kelas bersiap untuk drama malam tu.kami giliran paling akhir..macam kena perli pun ada.tempat pertama milik kelas 3 zuhrah dan tempat ke-2 milik kelas 3 suria…best actor pula dapat dekat mustaqim…best actress dapat dekat diva kamilah merangkap pacarnya si aqim ni.waktu boling pula,kelas kami dapat jatuhan pin paling banyak memandangkan iron women kelas kami,ain najwa punya tangan memang power.akhirnya…cuti pun bermula…kami berdebar-debar menunggu keputusan PMR.27 disember pula kami kembali ke sekolah untuk mengambil keputusan…alhamdulllah aku berjaya mendapat 8a.tapi, yang teruknya batch kami hanya dapat 58 orang jer straight a.50% kecemerlangan,memang teruk..STAR berjaya mengungguli Malaysia dengan peratusan tertinggi di bawah pimpinan tuan haji jamaluddin yang baru jer pindah dari sekolah kami…tapi, puan rahimah sura pula yang kena tanggung.hihihi…dah nasib.

2007 teramat mencabar bagi kami semua memandangkan matapelajaran sains tulen yang semakin susah dan penegasan puan rahimah terhadap kecemerlangan akademik.dia pegang kelas kami untuk matapelajaran sejarah...best juga dia ajar...tapi, dia jarang ada di sekolah..sejarah aku turun sikit.cikgu kimia aku pula best juga.yang aku ni pula mendang tidur dalam kelas dia.madam lee dan mr goh memang best walaupun kadang-kadang aku ngantok dalam kelas diorang memandangkan kelas diorang selalu je waktu petang.tak larat nak kena marah ditambah aku ni diserap kembali ke dalam pasukan wind orchestra SERATAS.sibuk sepanjang tahun.yang seronoknya,kami berjaya juga melayakkan diri ke finale wind orchestra.terkial-kial kami.tapi dapat saguhati jer.tempat pertama macam biasalah..Alam shah yang conquer, tempat ke-2 pula milik SDAR...Tempat ke-3 milik MCKK.kami dan SSP masing-masing mendapat saguhati.kami teruskan perjuangan kami dengan ke UTP untuk menyertai symphony fest.kami dapat tempat pertama mengalahkan MCKK dan STAR. Kemudian, cikgu kimia aku...Mr yeoh thiam ng bersara.sedih sangat.bio aku pula diajar oleh cikgu practical, cikgu hidayat...Kemudian miss pun ann nee..Kemudian kembali dengan mdm asmah ramli.kimia kami dipegang oleh miss pun.guru kelas aku cikgu nasrul ajar math modern...tak best sangat pun, tapi aku boleh lah nak score.tahun ni jugalah aku mengalami konflik diri yang teruk yang aku rahsiakan daripada pengetahuan mak dengan abah.susah hidup macam ni.namun aku menyedari kesilapan tu dan cepat-cepat mengawal diri aku.

Dalam seumur hidup aku tahun 2008lah tahun yang tak tertanggung konflik diri aku ni ditambah dengan SPM.perit...memang perit…mak dan abah tak perasan perubahan yang berlaku.maklumlah,aku ni duduk di asrama.apa yang aku buat bukannya diorang tahu.group kami pun tinggal 7 orang je lepas si muzamil merajuk dengan kami.lepas tu pula si anas ni aku tak tahu pula apa masalah sebenarnya.dia pun keluar juga.tinggallah 6 orang jer termasuk SA.sekali lagi pasukan wind orchestra SERATAS berjaya mengorak langkah apabila mendapat tempat ke-3.tempat pertama milik SSP.alam shah jatuh…MCKK dan TKC dapat saguhati jer.bulan jun aku ikut cikgu hisham menyertai konsert muzika diraja perlis di UNIMAP.best siot..aku mula menambah kenalan di sana.kami main kad UNO sampai tak tidur malam dengan bebudak SMSAH.memang best sangat ditambah aku dapat bersalam dengan raja perlis waktu tu.padahal aku baru jer salam dengan sultan perak.siap dapat elaun tu.kemudian aku pergi sekali lagi ke UNIMAP untuk program perfect score SPM.bertambah-tambahlah kenalan aku.hahaha.malam graduasi form 5 menambahkan lagi suasana ingin meninggalkan sekolah.kemudian pelajar tingkatan 5 berpindah ke aras 1 blok a dan b.kami pindah ke dorm A1-4.SPM pun menjelang…hubungan sesama kami diperbaiki supaya kami mendapat keredhaan sesama manusia terutamanya daripada guru-guru.akhirnya pada 27 november 2008,aku pergi meninggalkan sekolah yang banyak mencoretkan kisah remaja pahit manis aku.kini, sudah menjelang tahun 2009…dengan azam baru ingin aku perbaiki diri ini dan menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat…

About this blog